10 Kubur Rosak Akibat Tanah Runtuh Di Sandakan

untuh di kawasan Tanah Perkuburan Islam Nunuyan Darat, Jalan Aman, Sandakan.

SANDAKAN: Lebih 10 kubur di Tanah Perkuburan Islam Nunuyan Darat, Jalan Aman di sini, rosak akibat tanah runtuh hari ini.

Timbalan Presiden, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Faridah Giau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi susulan hujan lebat sejak semalam.

Katanya, pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan lanjut dan melakukan kerja pembersihan di kawasan tanah perkuburan terbabit bagi membolehkan kerja pembaikan akan dijalankan dengan segera.

“Kita dimaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan perkuburan ini dan pihak berwajib sudah mengambil tindakan segera,” katanya ketika membuat tinjauan di lokasi kejadian.

Katanya, banjir kilat berlaku di Bandar BDC, Batu 16 dan perkarangan Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

“Kerja pembersihan sudah dijalankan selepas banjir kilat surut dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya.

Faridah berkata, pusat operasi bencana daerah Sandakan turut melakukan persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Sementara itu, Pegawai Tadbir, Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menghubungi waris kubur yang terjejas itu.

“Buat masa ini Tanah Perkuburan Islam Nunuyan Darat tidak menerima jenazah untuk dikebumikan kerana sudah padat dan orang ramai boleh ke Tanah Perkuburan Islam Batu 11,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *