Op Samseng Jalanan: 9 Kenderaan Kena Sita Di Jalan Kepayan

Antara  kenderaan yang disita di dalam operasi berkenaan. Gambar Ihsan PDRM

KOTA KINABALU: Sebanyak 35 saman dikeluarkan dan sembilan kenderaan disita kerana pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan di kawasan Aeropod, Jalan Kepayan, di sini, semalam.

Dalam operasi selama enam jam bermula 10 malam itu, sejumlah 86 kenderaan dan 106 individu diperiksa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi hasil kerjasama Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Semua kenderaan disita ditahan atas pelbagai kesalahan seperti kesalahan pengubahsuaian kenderaan atau nombor plat yang tidak mengikut peraturan.

“Selain itu, terdapat juga kesalahan pengubahsuaian ekzos yang dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, semua kenderaan ini akan dihantar untuk pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah dalam masa yang terdekat.

Katanya, usaha penguatkuasaan ini akan dijalankan secara berterusan bagi mencegah kegiatan samseng jalanan di sekitar daerah ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *