Jeffrey Kitingan Positif Covid-19

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif Covid-19 dan kini berada dalam keadaan stabil.

Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri, Arlinsia Agang dalam satu kenyataan berkata, Jeffrey menjalani saringan Covid-19 pada Ahad dan disahkan positif. Beliau kini mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Walau berada di HQE, Menteri Pertanian dan Perikanan itu tetap melaksana tanggungjawabnya menerusi persidangan video dan emel.

Katanya, Timbalan Ketua Menteri itu berada dalam keadaan baik dan Jeffrey turut berharap Sabah akan bebas daripada jangkitan Covid-19.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *