Covid-19: 1,741 Kes Baharu, 7 Kematian Dicatat Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,010 kes sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital dicatatkan pada hari ini dan menjadikan kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 98, 228 kes bersamaan 81.3%.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes baharu yang dicatatkan hari ini pula adalah sebanyak 1, 741 dengan 1, 733 kes tempatan dan 8 kes import.

Jumlah kumulatif kes kematian pula mencecah sehingga 501 kes dengan 7 kematian baharu hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

688