Covid-19: 1,870 Kes Baharu & 6 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kes baharu Covid-19 hari ini dicatatkan sebanyak 1,870 kes. Daripada jumlah keseluruhan terdapat 1,868 kes tempatan dan hanya 2 import. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 110,485 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 22,562 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 745 kes pesakit sembuh. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 87,460 kes.

Sehingga kini, terdapat 131 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 6 kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 463 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *