COVID-19: 1,925 Kes Baharu, 2 Kematian Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,925 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara adalah sebanyak 108,615 kes setakat Selasa (29 Disember 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor mencatatkan kes baharu paling tinggi dengan 747 kes diikuti Kuala Lumpur 360 kes, Pahang 288 kes, Sabah 230 kes, Johor 110 kes dan lain-lain.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 21,443 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Pesakit yang sembuh adalah sebanyak 1,123 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 86,715 kes.

Sehingga kini, terdapat 117 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 55 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat dua (2) kes kematian pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 457 orang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *