Kesavan Ditahan, Jimmy Black Masih Diburu

KOTA KINABALU: Salah seorang suspek kes rusuhan sehingga menyebabkan kematian di sebuah restoran di Jalan Beaufort Jaya, Jumaat lalu, sudah ditahan oleh pasukan polis.

Suspek, P Kesavan ,34, berjaya ditahan polis malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Beaufort akan mengadakan satu sidang media petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, mengenai penahanan suspek terbabit.

Terdahulu, dalam kejadian 11.40 malam, Jumaat lalu, seorang lelaki parah selepas ditetak menggunakan parang, manakala seorang lagi turut cedera di kepala disyaki akibat dilibas menggunakan kepala tali pinggang.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pagi semalam.

Siasatan awal polis mendapati punca pergaduhan itu tercetus selepas seorang pelanggan yang datang bersama tiga rakannya untuk membeli minuman keras bertengkar mulut dengan pemilik restoran. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *