Cara mohon i-Sinar KWSP yang mengizinkan anda membuat pengeluaran sebanyak yang lebih besar iaitu RM10,000.
Yang menariknya, pengeluaran duit KWSP ini adalah dari Akaun 1. Bagus bukan?
Siapa yang layak?
Untuk makluman, orang yang buat keluarkan duit KWSP Akaun 1 i-Sinar melalui i-Sinar portal ini hanya orang yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 sahaja.
Jadi, jika anda tidaklah terjejas sangat, iaitu gaji tidak turun 30% dan saja-saja mahu keluarkan RM10,000, itu adalah tidak dibenarkan.
Berikut ialah cara untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun. Anda hanya boleh login i-Sinar. bermula 21 Disember 2020.
Portal i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my kini sudah dibuka.
Sila layari portal rasmi i-Sinar di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
Kalau ikut prosedur i-Lestari sebelum ini, ia adalah seperti di bawah
Klik PERMOHONAN BAHARU KWSP
Isikan Nombor MyKad.
Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa i-Akaun dibuat.
Isikan Nombor Telefon Bimbit
Isikan Alamat Email
Isikan Alamat Rumah
Isikan Poskod
Isikan Bandar
Pilih Negeri
Pilih Amaun di bahagian Amaun Dimohon Sebulan (RM)
Untuk permohonan pengeluaran i-Sinar dengan portal baru ini, sila pilih amaun mengikut baki yang ada dalam Akaun 1 EPF
Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online adalah seperti berikut:
Affin Bank Berhad
Agrobank
Al Rajhi Bank (M) Berhad
Alliance Bank
Ambank (M) Berhad
Bank Muamalat (M) Berhad
Bank Rakyat
Bank Islam (M) Berhad
BSN
CIMB Bank Berhad
Citibank Berhad
EON Bank Berhad
HSBC Bank (M) Berhad
Hong Leong Bank
Kuwait Finance House
Maybank
OCBC Bank (M) Bhd
Public Bank Bhd
RHB Bank BHd
Standar Chartered
UOB (M) Bhd
Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-Sinar online ini
Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif akan menyebabkan duit i-Sinar tidak masuk
Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, akan menyebabkan masalah
Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
Jika tidak ada gambar, klik langkau
Pastikan pilihan semua selesai
Klik Hantar
Permohonan baru pengeluaran i-Sinar tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
Bila boleh mohon i Sinar KWSP?
Sudah ada maklumat rasmi berkenaan tarikah bila boleh apply i-Sinar.
Bagi Kategori 1 iSinar, anda boleh mohon bermula:
Isnin, 21 Disember 2020
Bagi Kategori 2 iSinar, anda boleh mohon lewat sedikit daripada Kategori 1 iaitu bermula:
Isnin, 11 Januari 2021
Bolehkah memohon i-Sinar guna i-Akaun?
Sila ambil maklum bahawa anda hanya boleh memilih satu saluran sahaja untuk membuat permohonan.
Seperti i-Lestari sebelum ini, jika anda memilih untuk mohon i-Sinar KWSP menggunakan i-Akaun, maka guna i-Akaun sahaja
Jika anda memilih untuk mohon i-Sinar KWSP menggunakan portal i-Sinar, maka guna i-Sinar sahaja
Anda tidak boleh menggunakan kedua-duanya. Walaupun anda mohon iSinar KWSP menggunakan kedua-dua saluran, hanya satu saluran sahaja yang akan diluluskan.
Jika anda memilih untuk membuat pengeluaran i-Sinar menggunakan i-Akaun, sila baca cara daftar i-Akaun terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan cara daftar i-Sinar KWSP.
Kelayakan permohonan i-Sinar
Syarat kelayakan terbahagi kepada dua iaitu:
Kategori 1
Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang:
Bekerja di sektor formal
Bekerja sendiri
Bekerja di dalam sektor ekonomi gig seperti GrabCar, GrabFood, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain
Yang sudah lama tidak mencarum
Yang hilang pekerjaan
Suri rumah
Pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji
Sekarang, anda sudah tahu siapa yang layak iaitu selalunya golongan B40. Sekarang, bagaimana pula dengan syarat dan kriterianya untuk membolehkan anda teruskan dengan cara mohon i-Sinar apabila sudah dibuka nanti?
Anda tidak mencarum dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
Contohnya, dua bulan lepas, majikan langsung tak mencarum duit KWSP anda. Duit company pun tak masuk, duit KWSP anda pun dia tak masukkan. Maka, anda boleh buat permohonan iSinar.
Anda masih bekerja, tapi mengalamai pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
Contohnya, jika gaji basic anda ialah RM1500, tiba-tiba dek kerana PKPB ini, gai berkurang menjadi RM1000. Maka, anda menepati kriteria untuk memohon iSinar.
Kategori 2
Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang masih bekerja. Jadi, kami andaikan:
Masih bekerja di sektor formal
Masih bekerja sendiri
Sekarang, anda sudah tahu siapa yang layak iaitu kebiasaannya golongan M40. Sekarang, bagaimana pula dengan syarat dan kriterianya untuk meneruskan cara mohon i-Sinar apabila sudah dibuka nanti?
Anda masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
Ini termasuk pengurangan gaji
Pengurangan elaun
Pemotongan tuntutan lebih masa (overtime claim)
Pengurangan di atas perlu dibuktikan dengan dokumen
Tidak seperti Kategori 1 yang lebih mudah permohonannya, Kategori 2 perlu menyediakan:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
Notis berhenti kerja yang diberikan majikan
Surat pemotongan elaun
Surat pemotongan tuntutan kerja lebih masa (OT claim)
Jika dokumen seperti yang dinyatakan di atas tidak dapat disediakan, anda boleh sertakan supporting document yang lain seperti:
Penyata bank
Surat pengesahan majikan
Pastikan anda buat semakan penyata KWSP online setiap kali selepas buat permohonan untuk semak baki terkini. Jika terlupa nombor ahli, boleh baca cara check KWSP guna no IC.
Selamat mencuba dan semoga lulus.