COVID-19: Malaysia Catat 1,810 Kes Positif Hari Ini

Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan sebanyak 1,810 jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini ialah 80,309 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 11 kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

Katanya, Malaysia juga merekodkan 937 kes yang telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 67,73 kes.

Dalam tempoh 24 jam juga, beliau berkata enam kes kematian baharu direkodkan menjadikan angka keseluruhan kes kematian di negara menjadi sebanyak 402 kes.

Berita Penuh Menyusul….

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

995