PKPD Taman Telipok Ria Di Lanjutkan

KOTA KINABALU: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria, Tuaran dilanjutkan sehingga 24 Dis.

Keputusan melanjutkan PKPD itu dibuat dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata,PKPD di Taman Telipok Ria mula dikuatkuasakan pada 27 Nov dan dijadualkan tamat esok.

Sehingga kini sebanyak 8,186 saringan dengan 493 kes kumulatif positif Covid-19 dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokaliti ini.

Sehingga kini, KKM juga mengesahkan masih terdapat baki 1,386 sampel saringan yang masih menunggu keputusan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1479