COVID-19: 2,234 Kes Positif Baharu Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,112 kes sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 66,236 kes.

Setakat hari ini, negara sekali lagi merekodkan kes harian baharu paling tinggi iaitu sebanyak 2,234 kes positif. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 78,499 kes. Manakal kes kebolehjangkitan Covid-129 pula adalah 11,867 kes.

Daripada jumlah tersebut kes baharu tersebut, terdapat lima kes import manakala penularan Covid-19 dalam negara pula sebanysk 2,229 kes.

Hari ini, Selangor masih lagi mencatat kes positif Covdi-19 tertinggi iaitu dengan jumlah 1,428 kes dan diikuti dengan Sabah sebanyak 274 serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 136 kes.

Sehingga hari ini, terdapat 124 kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala sebanyak 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat tiga lagi kes kematian. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 396 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *