Dua Rumah, Tiga Kenderaan Musnah Terbakar Di Kg Silam

Keadaan rumah dan kenderaan yang musnah dalam kebakaran tersebut.

LAHAD DATU: Dua buah rumah separuh kekal dua tingkat musnah  dalam insiden kebakaran di Kampung (Kg) Silam, di sini.

Turut musnah, tiga buah kenderaan dan dilaporkan tiada kemalangan jiwa.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, Samsoa Rashid, panggilan kecemasan diterima jam 9.21 pagi melalui talian MERS 999 dan sepasukan sembilan anggota dan pegawai yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Julkifli Harry telah bergegas ke lokasi.

Keadaan rumah dan kenderaan yang musnah dalam kebakaran tersebut.

“Pasukan telah bergegas ke lokasi yang letaknya kira-kira 24 kilometer dari balai dengan kekuatan logistik sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender, sebuah jentera kecemasan Light Fire Rescue Tender dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Service.

“Setibanya di lokasi didapati rumah pertama berkeluasan 40’x30′ terbakar 90 peratus manakala rumah kedua luas 50’x35′ terbakar 100 peratus,” katanya.

Keadaan rumah dan kenderaan yang musnah dalam kebakaran tersebut.

Menurutnya, pasukan telah mengawal kemerebakan dan  seterusnya berjaya mengawal kebakaran jam 9.51 pagi dan operasi ditamatkan jam 11.51 pagi.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Zon 5 Sabah (Tawau). – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1151