Stesen Taman-Taman Sabah Mula Dibuka 7 Disember

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah (TTS) akan dibuka semula kepada orang ramai dan pelawat bermula 7 Disember.

Pengarah TTS, Dr Maklarin Lakim dalam satu kenyataan berkata, semua operasi dan aktiviti dalam Taman akan dibuka termasuk pendakian Gunung Kinabalu.

Namun, jumlah pelawat dihadkan kepada 100 orang sehari untuk setiap destinasi lawatan bagi setiap sub-stesen dan pulau.

Bagaimanapun, semua aktiviti yang dibenarkan dalam Taman tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Taman-Taman Sabah dan Peraturan-peraturan Pencegahan Covid-19 yang sedang berkuat kuasa.

Menurutnya, pejabat dan  stesen TTS yang mula dibuka adalah Ibu Pejabat TTS, Kota Kinabalu (kaunter tempahan dari 8 pagi hingga 1 petang); Taman Kinabalu, Ranau; Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu; Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu; Taman Banjaran Crocker, Keningau; Taman Bukit Tawau, Tawau; Taman Pulau-Pulau Penyu, Sandakan; Taman Marin Tun Sakaran, Semporna; Taman Pulau Sipadan, Semporna; dan Taman Tun Mustapha, Kudat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1329