Seramai 3,478 Kanak-Kanak Positif Covid-19 Di Sabah

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Daripada keseluruhan kes positif Covid-19 di Sabah, 3,478 orang atau 12.9 peratus merupakan kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah.

Manakala, 234 orang atau 0.89 peratus melibatkan bayi berusia di bawah setahun.

Masidi Manjun

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada 27,043 kes positif yang dilaporkan, seramai 5,481 orang atau 20.3 peratus kes Covid-19 yang dilaporkan di Sabah melibatkan warga asing.

Manakala, 21,562 kes pula adalah jangkitan yang membabitkan warganegara.

Setakat ini, 15,343 kes melibatkan kaum lelaki manakala 11,700 orang adalah wanita. Daripada jumlah ini, 5,919 orang berumur di bawah 18 tahun.

Sehingga semalam sebanyak 29,267 kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Sabah, dengan 214 kes kematian. Kes pulih setakat ini adalah sebanyak 26,233 kes. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *