Semakan Bantuan Sabah Prihatin Covid-19 Kini Boleh Dilakukan

KOTA KINABALU: Semakan Bantuan Sabah Prihatin Covid-19 kini boleh dilakukan melalui talian yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi memudakan proses semakan status permohonan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, kini orang ramai boleh mengakses portal semakan menerusi bantuan.sabah.gov.my atau melalui talian 088-369430 dan 01159792975 (Whatsapp).

Kerajaan Sabah menyediakan peruntukan RM160 juta bagi membantu golongan sasar dari pelbagai sektor yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Disamping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini Covid-19 daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri Sabah.

Katanya, maklumat semasa situasi kes Covid-19 di Sabah boleh diakses melalui portal https://covid19.sabah.digital/covid19/ dan talian iaitu 088-369433 dan 088- 369434 untuk pelbagai pertanyaan, prosedur operasi standard (SOP) dan pengoperasian perniagaan dan lain-lain.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

9184