COVID-19: Sabah Catat Dua Kluster Baharu

yarikat pengedar daging beku, JETSIN Sdn Bhd bersama beberapa NGO mengedarkan makanan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu. – Foto Mohd Adam Arinin

PUTRAJAYA: Sabah mencatatkan dua kluster baharu COVID-19 hari ini yang dikesan di Kota Kinabalu dan Tuaran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster pertama dikesan di daerah Kota Kinabalu dan Tuaran yang dikenali sebagai Kluster View Kolombong yang sehingga kini, sudah menjangkiti 40 individu.

“Kes indeks bagi kluster ini membabitkan kes ke-65,698 yang dikesan positif hari ini, hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 76 individu sudah disaring,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster kedua dikesan di Kota Kinabalu yang dikenali sebagai Kluster Talang yang kini sudah menjangkiti 18 individu.

“Kes indeks bagi kluster ini membabitkan kes ke-55,008 yang dilaporkan positif COVID-19 pada 23 November lalu, hasil saringan individu bergejala. Sehingga kini, seramai 67 individu sudah disaring,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1525