Sabah Akan Pastikan Program Pembangunan Belanjawan 2021 Dilaksanakan

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan semua program pembangunan dalam Belanjawan 2021 dapat dilaksanakan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, di bawah belanjawan yang diluluskan ini, antaranya adalah RM50 juta diperuntukkan untuk Sabah pada bulan hadapan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pusat berikutan Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 billion diluluskan di Dewan Rakyat, semalam.

“Sabah mendapat manfaat daripada peruntukan disalurkan kerajaan Persekutuan berjumlah RM3 bilion untuk memerangi COVID-19 sejak wabak itu melanda awal tahun ini melalui pelbagai saluran termasuk bantuan PRIHATIN, PENJANA dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Oleh itu, bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perikatan Nasional peringkat kerajaan Persekutuan atas kelulusan belanjawan ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan oleh setiap kementerian, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar semalam. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *