SPRM Sabah Cari Joh Len Santi Bantu Siasatan

Lelaki berasal dari Sabah Joh Len Santi, 34, diburu SPRM membantu siasatan kes penggunaan dokumen palsu tuntut sijil kelahiran.

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes penggunaan dokumen palsu untuk pengeluaran sijil kelahiran.

Menurut kenyataan, lelaki tersebut dikenalpasti sebagai, Joh Len Santi Apin yang berusia 34 tahun.

Joh Len Santi didapati mempunyai dua alamat tempat tinggal terakhir dalam kes tersebut iaitu di Lot 2K 0-9 University Condo Apartment 2, Jalan Kampung Dambai, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah dan alamat keduanya adalah di Kampung Vinilai, Kudat, Sabah.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Norsham Saharom di SPRM menerusi talian 089-668739 atau 012-867 7087.- MalaysiaGazette

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *