Perincian i-Sinar KWSP Diumum Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian program i-Sinar minggu hadapan susulan pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021, hari ini.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, berkata perincian itu merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji.

“KWSP menjangkakan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula pertengahan Disember 2020, dengan pembayaran pertama sebulan selepas permohonan diluluskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

i-Sinar adalah kemudahan tambahan kepada program bantuan kerajaan lain dan juga inisiatif-lain yang diperkenalkan KWSP ketika pandemik COVID-19 seperti pengurangan kadar berkanun syer pekerja, pengeluaran i-Lestari, dan juga Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP). – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *