Kerajaan Sabah Terima Sumbangan Bantu Tangani COVID-19

Wakil daripada MyPrihatin Rohan (kedua kiri) menyampaikan sumbangan berupa 5000 unit PPE kepada Hajiji Noor pada Majlis penyampaian sumbangan bantuan Covid-19 di Pejabat Ketua Menteri, hari ini. Turut kelihatan Safar (dua kanan) dan Sharifah Sitti Saleha (kanan).

KOTA KINABALU, 23 Nov : Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor hari ini menerima dua sumbangan bagi membantu negeri ini menangani pandemik COVID-19.

Sumbangan itu berupa RM50,000 daripada 99 Speed Mart East Malaysia Sdn Bhd dan 5,000 unit peralatan perlindungan peribadi (PPE) sumbangan Yayasan MyPrihatin.

Hajiji berkata beliau berharap kerjasama antara kerajaan negeri dengan syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) berterusan dalam membantu menangani pandemik COVID-19 di negeri ini.

“Saya gembira mengetahui banyak syarikat korporat dan NGO tampil membantu dengan memberikan pelbagai sumbangan kepada rakyat yang terkesan dan terjejas teruk akibat pandemik ini. Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan terima kasih,” katanya dalam kenyataan media. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *