Mayat Lelaki Hilang Ditemui Terapung Di Kampung Rosob

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

KUDAT: Mayat nelayan yang hilang dua hari lalu ditemukan terapung di perairan berdekatan Kampung Rosob Pitas di sini, hari ini.

Mayat Hamlee Sinabil, 50, itu ditemukan terapung oleh pekerja bagang di sekitar kampung berhampiran kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, adik mangsa mengesahkan mayat berkenaan adalah abangnya yang hilang dua hari lalu.

Katanya, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Susulan penemuan mayat mangsa, operasi mencari yang bermula 19 November lalu ditamatkan pada jam 9 pagi ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, APMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi terbabit serta pihak yang membantu sepanjang pencarian mangsa.

Katanya, Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan dan salah laku jenayah yang berlaku di laut ke talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *