Covid-19: 1,096 Kes Baharu, Tiga Lagi Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,096 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,096 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 54,775 kes secara keseluruhan.

Daripada 1,096 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,090 merupakan kes tempatan manakala 6 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 12,843 kes. Kesemua mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Dalam pada itu, kes sembuh terus mencatatkan dua kali berturut-turut peningkatan berbanding kes baharu apabila merekodkan sebanyak 1,104 kes.

Dengan itu, jumlah kes sembuh yang dicatatkan meningkat kepada 41,597 kes secara keseluruhannya.

Kes yang dirawat di ICU pula adalah sebanyak 106 kes dan daripada itu, 46 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 3 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 335 kes atau bersamaan dengan 0.6% secara keseluruhannya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *