Nelayan Dikhuatiri Hilang Di Kudat

nggota APMM mengaktifkan operasi carilamat mangsa meliputi 5 batu nautika dari lokasi bagang.

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat, mengaktifkan operasi carilamat selepas seorang nelayan dilaporkan hilang di perairan Kampung Rosob, Pitas di sini, pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan sekitar jam 9.30 pagi.

Katanya, laporan menyatakan seorang lelaki hilang selepas keluar ke laut untuk menangkap ikan sejak malam semalam.

“Mangsa dikenali sebagai Hamlee Sinabill, 50, yang dipercayai keluar ke laut menaiki sampan tanpa memakai jaket keselamatan.

“Mangsa dipercayai ke laut untuk ke bagang iaitu peranti menangkap bilis di sekitar perairan Bengkoka berhampiran Kampung Rosob, Pitas, tetapi didapati tidak pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Boon berkata, keluarga mangsa cuba menghubunginya menggunakan telefon bimbit tetapi gagal.

“Barangan kepunyaan mangsa iaitu telefon bimbit dan beg ditemui di atas bagang, manakala bot yang dinaikinya dijumpai hanyut di sekitar lokasi itu.

“Operasi carilamat diaktifkan pada jam 10.30 pagi tadi dengan keluasan kawasan pencarian meliputi lima batu nautika dari lokasi bagang,” katanya.

Boon berkata, selain aset APMM, usaha pencarian turut membabitkan aset dari Pasukan Polis Marin (PPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *