BN Sabah Sokong Darurat Di Parlimen Batu Sapi – Bung

Dato’ Sri Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU: Barisan Nasional Sabah menyambut baik keputusan Yang Di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayattuddin Al-Mustafa billah Shah yang mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Perlimen  Batu Sapi sekali gus membatalkan pilihanraya kecil kerusi tersebut.

Pengerusinya Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata keputusan proaktif baginda ini sudah tentu bertujuan untuk melindungi rakyat dari ancaman Koronavirus Covid-19.

” Keputusan ini merupakan satu langkah yang proaktif  untuk melindungi rakyat Sabah khususnya di kawasan Parlimen Batu Sapi

dimana Baginda lebih mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat” katanya ketika dihubungi di sini sebagai mengulas keputusan Yang Di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayattuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Perlimen  Batu Sapi sekali gus membatalkan pilihanraya kecil kerusi tersebut.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan beliau kemarin berkata, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap keselamatan rakyat ekoran kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Covid-19 di negara ini sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 26 September.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berpendapat bahawa amatlah wajar PRK ini dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara,” katanya.

Beliau berkata perkenan Yang di-Pertuan Agong itu dilakukan dengan mengambil iktibar dan pengalaman daripada PRN Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga penularan Covid-19 di Malaysia.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah pengalaman semasa menghadapi pilihan raya negeri pada bulan September lepas perlu dijadikan iktibar bagaimana pandemik Koronavirus Covid-19 merebak begitu cepat khususnya di Sabah.

Katanya dari fakta rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 12 September 2020  iaitu semasa hari penamaan calon kes kumulatif Covid–19  yang direkodkan sebanyak 808 kes dan selepas hari pengundian 26 September 2020 kes meningkat mendadak iaitu sebanyak 1,547 kes dilaporkan iaitu sekitar 91.5 peratus.

” Selepas 4 minggu PRN berlaku  Peningkatan kes positif pandemik Koronavirus Covid-19 meningkat mendedak dimana Sabah merupakan negeri yang tertinggi mencatatkan kes positif Koronavirus Covid-19 yang perlu dilihat secara rasional implikasinya jika kita meneruskan PRU di Parlimen Batu Sapi ” jelas Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah ekoran dari kebimbangan penularan pandemik Covid-19 yang akan mengambil masa  untuk pulih ,Barisan Nasional Sabah awal awal lagi telah menyatakan pendirianya tidak  meletakkan calon sekiranya PRK Parlimen Batu Sapi diteruskan .

” Pengisytiharan proklamasi darurat sekali gus membatalkan PRK Parlimen Batu Sapi bukanlah bertujuan menafikan hak demokrasi rakyat khususnya pengundi di kawasan ini ,tapi ianya  ditangguhkan dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan untuk meneruskan PRK jika keadaan penularan pandemik Covid-19 reda berdasarkan kepada perlembagaan yang ditetapkan” katanya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK Batu Sapi pada 23 November manakala hari pengundian pada 5 Disember dan pengundian awal pada 1 Disember.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober akibat jangkitan paru-paru. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

546