Covid-19: 1,103 Kes Baharu, 4 Kematian Dicatat Hari Ini

Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,103 kes baharu positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 48,520 kes kes setakat Isnin  (16 November 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 12,601 kes.

Daripada 1,103 kes positif, negeri Selangor melaporkan satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes tersebut melibatkan seorang warganegara yang tiba dari negara Arab Saudi.

Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 821 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 35,606 kes atau 73.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat empat (4) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 313 kes atau 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

SumbeR: Sidang Media KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *