Polis Sedia Ambil Tindakan – Pesuruhjaya Polis Sabah

Datuk Hazani Ghazali.

KOTA KONABALU: “Setakat ini belum ada sebarang laporan tetapi pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja sekiranya perhimpunan ini diadakan,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

Menurutnya, sekiranya ada perhimpunan dilakukan, pihak polis akan mengenakan kompaun, membuat tangkapan dan sebagainya.

“Pertama sekali, harus diingat sebarang perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Polis amat mengambil perhatian terhadap cubaan berhimpun, lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19 yang amat membimbangkan ketika ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hazani berkata, polis juga akan ambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook yang membuat kenyataan di laman berkenaan.

Dalam kenyataan yang tular itu, seorang pemilik akaun yang menggunakan nama ‘Pakdin’ menyeru orang ramai supaya menyertai demonstrasi di hadapan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jam 11 pagi, Isnin ini.

Kenyataan berkenaan dipercayai berkaitan dengan tuntutan KWSP untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan pekerja bagi meringankan beban ketika pendemik Covid-19 ketika ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4820