3 Lokaliti Di Kudat Disambung PKPD

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Kudat, Sabah disambung dua minggu lagi bermula esok sehingga 26 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan perintah itu di Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang pada 30 Oktober hingga hari ini.

Menurutnya, setakat semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melakukan sebanyak 14,096 saringan ke atas penduduk di situ dan mendapati masih terdapat kes aktif di ketiga-tiga kawasan iaitu Kampung Pengaraban (21 kes), Kampung Tanjung Kapor (10) dan Kampung Landung Ayang (54).

“Pada masa yang sama, terdapat sejumlah besar sampel ujian saringan yang masih menunggu keputusan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju supaya PKPD di tiga lokaliti itu dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

813