2 Kawasan PKPD Di Sabah Ditamatkan Hari Ini

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Mutiara Kasih serta Taman Khazanah Indah, Lahad Datu, Sabah ditamatkan hari ini.

“Atas nasihat dan penilaian risiko yang dilaksanakan, sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD,” katanya pada sidang media harian, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu, Sabah bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020 dan kemudian dilanjutkan lagi bermula 27 Oktober sehingga 9 November dan sekali lagi dilanjutkan 9 November hingga 23 November.

“Bagaimanapun, sehingga 10 November, KKM mendapati semua keputusan 5,189 sampel saringan kedua diperoleh dengan kesemuanya adalah negatif.

“KKM juga mendapati tiada lagi kes baharu positif Covid-19 di kedua-dua lokaliti ini dalam masa 18 hari terkini. Atas nasihat dan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan berkenaan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3294