Semua Sekolah Di Seluruh Negara Tutup Mulai Isnin, Tarikh Peperiksaan Dipinda

CYBERJAYA : Semua sekolah yang ditadbir Kementerian Pendidikan Malaysia – termasuk di negeri yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat – akan ditutup mulai esok sehingga hari akhir persekolahan.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran Malaysia penutupan semua sekolah termasuk kolej vokasional seluruh negara bermula 9 November  2020.

Tarikh peperiksaan SPM/SVM/STAM dipinda dan akan bermula 22 Februari tahun depan manakala peperiksaan STPM akan bermula 8 Mac 2021. Perincian semua peperiksaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang penutupan sekolah dilaksanakan secara home based learning.

Butiran lain dalam sidang media Menteri Pelajaran tadi ialah:

  1. Semua sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan tahun 2020 akan ditutup mulai 9 november 2020.
  2. Sepanjang tempoh penutupan pengajaran dan pembelajaran dari rumah akan diteruskan mengikut kesesuaian murid.
  3. Murid-murid yang tinggal di asrama boleh kekal tinggal di asrama sementara menunggu untuk diambil oleh ibu bapa atau penjaga.
  4. Sepanjang tempoh berada di asrama murid-murid berada di bawah pengawasan warden asrama.
  5. Sepanjang tempoh penutupan sekolah para guru perlu berada di stesen sekolah.
  6. Tarikh peperiksaan baharu SPM, STPM dan STAM 2020 ialah 22 Februari 2021.
  7. Murid-murid akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021
  8. Calon-calon murid peperiksaan akan menyambung sesi persekolahan secara bersemuka mulai 20 januari 2021
  9. Kesemua ketetapan bagi murid-murid yang akan mengambil peperiksaan terpakai bagi sekolah swasta.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *