Covid-19: 524 Kes Baharu, Dua Kematian Di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 524 kes positif baharu Covid-19 dengan dua kematian pada hari ini.

Manakala, tiga daerah di Sabah iaitu Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan masih mencatatkan kes tiga angka hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, dua kematian yang dilaporkan hari inin adalah di Hospital Tawau dan Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Katanya, daerah yang mencatatkan kes tertinggi hari ini adalah Tawau dengan 140 kes positif, Kota Kinabalu dengan 135 kes dan Sandakan dengan 119 kes.

Untuk ketiga-tiga daerah itu, sebanyak 252 kes atau 48.09 peratus disumbangkan daripada saringan kontak rapat, sementara 272 kes adalah dari lain-lain kategori.

Menurutnya, hanya 14 daerah di Sabah mencatatkan kes positif baharu hari ini. Ia termasuk di Lahad Datu dengan 37 kes baharu, Tuaran (30), Keningau (15), Penampang (11), Putatan (11) dan Papar (10).

Sementara, Kota Belud mencatatkan tujuh kes positif, Semporna (3), Kota Marudu (3), Telupid (2) dan Sipitang (1).

Pertambahan dua kes kematian baharu itu menjadikan keseluruhan kes kematian di Sabah adalah sebanyak 149 kes. Sementara, 512 kes pulih dilaporkan hari ini.

Setakat ini, sebanyak 20,422 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah, dengan 3,481 kes aktif yang sedang menerima rawatan dimana, 767 orang dirawat di hospital dan 2,714 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 74 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 19 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, kapasiti katil di hospital dan PKRC seluruh Sabah ketika ini adalah sebanyak 9,545 katil, iaitu 962 di hospital dan 8,583 katil di PKRC. Kadar penggunaan katil adalah 36.47 peratus. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1296