LANGSUNG: Caruman KWSP Untuk Pekerja Dikurang Daripada 11% Kepada 9%

PETALING JAYA: Belanjawan 2021 dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Bertemakan “Teguh kita, menang bersama” Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk Mac lalu.

Menurut Bernama dan Reuters, RM322.5 bilion diperuntukkan tahun ini, kira-kira RM25.5 bilion lebih banyak daripada Belanjawan 2020 yang berjumlah RM297 bilion.

Kira-kira RM236.5 bilion (73.3%) diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi, RM69 bilion (21.4%) untuk pembangunan dan RM17 bilion (5.3%) untuk dana Covid-19.

Tiga matlamat induk Belanjawan 2021 ialah:

  • kesejahteraan rakyat
  • kelangsungan perniagaan
  • ketahanan ekonomi

Caruman KWSP untuk pekerja dikurangkan daripada 11% hingga 9% selama 12 bulan mulai Januari 2021

  • Pencarum dibenar mengeluarkan RM500 sebulan daripada Akaun 1 KWSP selama 12 bulan mulai Januari 2021
  • RM150 juta disalurkan untuk melanjutkan elaun pencarian kerja Perkeso selama 3 bulan

Siling dana Covid-19 dinaikkan kepada RM65 bilion

RM1 bilion untuk membendung Covid-19, termasuk:

  • RM475 juta untuk peralatan dan bekalan buat KKM
  • RM318 juta untuk PPE dan pensanitasi petugas barisan depan
  • RM150 juta untuk Agensi Pengurusan Bencana Nasional (Nadma)
  • RM50 juta untuk membeli peralatan, bekalan makmal dan ubat di hospital universiti
  • Pemberian one-off RM500 kepada anggota barisan depan KKM yang akan memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan
  • RM24 juta untuk program kesihatan mental
  • Pengecualian cukai sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan rawatan perubatan meliputi vaksinasi
  • Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan penyakit serius
  • Pengecualian cukai sehingga RM1,000 untuk saringan kesihatan
  • Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa
  • MySalam dan Program Baucar Perlindungan Tenang untuk B40 diperluaskan
  • RM90 juta untuk program imunisasi pneumokokal buat kanak-kanak.
  • Bantuan untuk OKU dinaikkan kepada RM300 juta
  • Bantuan untuk warga emas dinaikkkan kepada RM500 juta
  • Elaun untuk pekerja OKU dinaikkan kepada RM450 juta
  • Keseluruhannya, RM2.2 bilion diperuntukkan untuk bantuan kebajikan bulanan yang akan memanfaatkan lebih 400,000 orang
  • RM1.5 bilion untuk memastikan sambungan internet bagi B40 dalam bentuk kredit RM180 setiap seorang. Ini akan memanfaatkan 8 juta orang.
  • Telco akan menyediakan data berjumlah RM1.5 bilion
  • 1% pengurangan dalam cukai pendapatan bagi mereka yang bergaji RM50,000 hingga RM70,000 setahun
  • RM3.7 bilion untuk Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) bagi mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2036