Boleh Keluar RM500 Sebulan Daripada Akaun 1 KWSP

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021 dengan jumlah pengeluaran sehingga RM6,000.

Katanya, pengeluaran dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli terjejas.

“Skim ini memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2170