Harga Siling AS$21 Satu Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Harga maksimum yang ditawarkan kepada Malaysia menerusi pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX ketika ini adalah AS$21 (RM87.60) bagi setiap satu vaksin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata rundingan dengan COVAX mengenai proses perolehan vaksin kini berada di peringkat terakhir.

Khairy Jamaluddin

Perbincangan yang turut membabitkan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Peguam Negara itu sedang meneliti beberapa klausa perjanjian dalam COVAX.

“Kita harap dapat tandatangani COVAX dalam waktu terdekat. Cuma ingin dijelaskan bahawa COVAX hanya sebahagian daripada keperluan kita dalam mendapatkan vaksin COVID-19.

“Sebahagian besar daripada perolehan ini akan dicapai menerusi rundingan dua hala dengan negara berkaitan,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3895