Covid-19: 7 Kematian, 3 Kluster Baharu Di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah terus melaporkan kes kematian yang tinggi, dengan tujuh kes daripada keseluruhan lapan kes kematian baharu yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes kematian dilaporkan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, dua kes di Hospital Tawau dan satu kes masing-masing di Hospital Tuaran dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas.

Daripada tujuh kes itu, dua kes kematian melibatkan bukan warganegara dan kedua-duanya meninggal di Hospital Tawau.

mempunyai sejarah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan paru-paru kronik.

Manakala, satu kes kematian dilaporkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

Dengan itu,  secara keseluruhan sebanyak 271 kes kematian dilaporkan di Malaysia, sementara kes kematian di Sabah menjadi 138 kes.

kluster Sepanggar.

Untuk hari ini, daripada 1,032 kes positif baharu Covid-19 yang dilaporkan, dengan 646 kes di Sabah.

Sementara, sebanyak 28 kes baharu dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Secara keseluruhan enam kluster baharu dilaporkan di Malaysia termasuk tiga kluster di Sabah. Kluster-kluster itu adalah kluster Aero, Selangor, kluster Gading, Putrajaya dan kluster Lengkuk.

Bilangan kes pulih yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 820 kes, dengan bilangan kumulatif kes pulih adalah sebanyak 24,815 kes.

Tambahan 1,032 kes baharu itu menjadikan bilangan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 35,425 kes. Sebanyak 10,339 kes aktif dengan 82 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 27 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1714