799 Kes Covid-19, 3 Kematian Hari Ini

PETALING JAYA: Kes Covid-19 masih kekal 3 digit dengan 799 jangkitan dilaporkan hari ini dengan 3 kematian manakala 491 sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan 466 jangkitan diikuti Selangor (150), Labuan (65) dan Pulau Pinang (35).

Manakala tiada kes baharu direkodkan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.

“Dukacita dimaklumkan 3 kematian dilaporkan hari ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

664