Pesakit Jatuh Bangunan Tiada Covid-19, Kata Pengarah Kesihatan Sabah

Seorang wanita dikatakan jatuh dari tingkat 8 Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu pada Rabu malam.

KOTA KINABALU: Wanita yang maut selepas jatuh dari sebuah hospital di sini Rabu lalu tidak mempunyai Covid-19 seperti dilaporkan pihak berkuasa sebelum ini.

Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi berkata, wanita berusia 63 tahun itu ditempatkan di unit pengasingan
Hospital Queen Elizabeth Hospital I selepas disyaki mempunyai virus itu pada 13 Okt lalu.

“Bagaimanapun, beliau disahkan negatif untuk 3 ujian reverse transcription-polymerase chain reaction (RT-PCR),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, ini sebabnya hospital itu bercadang membenarkannya keluar hospital semalam.

“Keluarga dimaklumkan kejadian itu oleh polis. Pasukan sokongan psikososial kesihatan mental menghubungi keluarga dan menawarkan sokongan kepada mereka.”

Mayat wanita itu ditemui di laman hospital, selepas beliau dikatakan jatuh dari tingkat 8 pada 9.15 malam.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji dilaporkan berkata, siasatan awal menunjukkan beliau dimasukkan ke wad sejak 13 Okt lalu selepas didapati positif Covid-19.

Rundi berkata, hospital itu akan menjalankan siasatan dan mengambil langkah untuk mencegah kejadian sama berulang. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *