Satu Maut, Kenderaan Dinaiki Terbabas

Mangsa maut di tempat kejadian di Hutan Simpan Lumadan, Beaufort.

BEAUFORT: Seorang pekerja pemasangan kabel elektrik maut, selepas kenderaan dinaikinya terbabas dalam kejadian berdekatan Hutan Simpan Lumadan, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Kusan Anumanthan Kumar, 46, menaiki kenderaan yang dipandu majikan bersama beberapa rakan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, berkata pekerja berkenaan dalam perjalanan pulang selepas menjalankan kerja membina pencawang dan pemasangan kabel elektrik di hutan simpan berkenaan.

Beliau berkata, tempat kejadian ialah di kawasan berbukit dan kenderaan yang dipandu lelaki berusia 50 tahun itu dipercayai hilang kawalan, sebelum mengundur dan terbabas serta terbalik.

“Seorang daripada tujuh penumpang di belakang tersepit dan cedera parah di leher.

Mangsa maut di tempat kejadian di Hutan Simpan Lumadan, Beaufort.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azmir berkata, pemandu dan semua penumpang lain cedera ringan.

“Punca kemalangan ialah kecuaian pemandu. Tiada unsur khianat atau jenayah.

“Namun siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *