Banjir Kilat Landa Tuaran

KOTA KINABALU: Hujan lebat berserta angin lebat mengakibatkan kejadian pokok tumbang dan banjir kilat di beberapa  kawasan di sekitar Tuaran pagi tadi.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung(Kg.) Bunga, Kg. Suang Bangau, Kg. Napitas, Kg. Minajur Suromboton, pekan Tenghilan, Kg. Rani dan Kg. Linsuk.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan berkata, jalan Kg. Rani hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda manakala Jalan Kg. Suang Bangau tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Sementara itu, Jalan Pertanian menuju Lakang juga tidak dapat dilalui berikutan terdapat pokok tumbang di laluan tersebut.

Bagaimana, agensi itu memaklumkan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian pokok tumbang berkenaan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1656