Dr Noor Hisham Negatif Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan kembali mengadakan sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang ini, selepas tamat kuarantin kendiri di rumahnya.

Dr Noor Hisham berkata, beliau akan kembali bertugas di pejabat KKM dan sidang media berhubung Covid-19 akan mula diadakan di KKM hari ini.

Beliau turut memaklumkan keputusan ujian Covid-19 ke atas dirinya didapati negatif.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan sah positif Covid-19 dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Susulan itu, beliau mengadakan sidang media berkaitan Covid-19 di kediamannya sejak 6 Oktober lalu tanpa kehadiran media.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *