Perbaharui Lesen Memandu Boleh Dibuat Secara Online Bermula Hari Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) awal Oktober lalu telah mengumumkan pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) secara dalam talian akan dilaksanakan mulai 16 Oktober 2020.

Berikutan itu, anda kini boleh memperbaharui lesen memandu secara dalam talian melalui sistem myEG bermula hari ini. Untuk melakukan transaksi termasuk pembaharuan lesen memandu melalui sistem ini, pendaftaran akaun perlu dibuat terlebih dahulu.

Setiap pembaharuan lesen memandu ini hanya boleh dilakukan untuk pemilik akaun yang mendaftar sahaja. Ini bermakna, anda tidak boleh membuat pembaharuan lesen memandu bagi pihak ketiga.

Sementara itu, tempoh pembaharuan lesen adalah dari 1 hingga 5 tahun. Terdapat dua kaedah pengambilan yang boleh dilakukan sama ada melalui Pusat e-Khidmat (terhad kepada beberapa kawasan sahaja) atau secara penghantaran (delivery).

Caj dan tempoh penghantaran adalah mengikut kawasan dengan 2 hingga 5 hari bekerja. Bagi proses pembayaran pula, terdapat dua kaedah yang disediakan iaitu secara kad kredit atau perbankan dalam talian (online banking).

Untuk maklumat lanjut mengenai pembaharuan lesen memandu secara dalam talian, layari laman myEG.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *