Polis Sabah Siasat Individu Cuba Gugat Keharmonian Kaum Di Negeri Ini

KOTA KINABALU: Polis Sabah sedang menjalankan siasatan bagi mengesan seorang lelaki dari Johor yang mengeluarkan kata-kata yang boleh mengugat keamanan dan keharmonian kaum di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, satu rakaman suara berdurasi 34 saat tular di aplikasi Whatsapp mendakwa orang Sabah yang pulang untuk mengundi semasa pilihan raya baru-baru ini bercampur dengan pendatang asing tanpa izin (PTI) dan kemudian membawa virus Covid-19 pulang ke Semenanjung Malaysia.

Katanya, rakaman suara itu mula tersebar sejak dua hari lalu dan polis akan menjalankan siasatan dengan kerajsama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan individu yang berada difahamkan berada di Johor itu.

“Kita ada menerima beberapa pangggilan bahawa ada pihak tidak berpuas hati dengan rakaman suara tersebut. Namun, setakat ini tiada laporan polis yang dibuat.

“Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan bagi mengesan individu tersebut,” katanya semasa

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba membangkitkan pecah keamananan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia atas kesalahan penggunaan perkataan tidak wajar melalui kemudahan rangkaian.

Oleh itu, Hazani menasihatkan orang Sabah agar tidak mudah percaya dengan elemen-elemen yang berniat jahat yang cuba menggugat keharmonian kaum di negeri ini.

Katanya, individu yang mengeluarkan kenyataan sebegitu dilihat tidak matang dan pendek akal kerana isu Covid-19 ini berlaku di seluruh dunia.

Menurutnya, dalam keadaan berlaku peningkatan kes Covid-19 ini, rakyat tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh menambah kegusaran masyarakat sebaliknya, sama-sama mendoakan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Ditanya jika ada sebarang laporan polis mengenai kenyataan palsu diterima, beliau berkata, setakat ini tiada sebarang laporan mengenai kenyataan palsu yang diterima.

Dalam perkembangan lain, Hazani berkata, polis Sabah juga sedang memperketatkan kawalan di perairan Sabah dan Labuan dalam usaha mengawal keluar-masuk pergerakan bot-bot kecil yang beroperasi tanpa lesen. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *