Covid-19: Semporna Catat Kes Tertinggi Di Sabah, 167 Kes

KOTA KINABALU: Daerah Semporna mencatatkan kes positif baharu tertinggi hari ini, dengan 167 kes.

Berdasarkan statistik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah, dengan tambahan kes baharu itu, Semporna kini mencatatkan 679 kes aktif.

Sementara Tawau mencatatkan 85 kes baharu, Kota Kinabalu (74), Lahad Datu (59) dan Sandakan (41).

Sehingga kini kes aktif yang dicatatkan di Tawau (386); Kota Kinabalu (496); Lahad Datu (217) dan Sandakan (282).

Manakala, Tuaran mencatatkan 196 kes aktif; Kunak (114); Papar (109); Penampang (74); Putatan (55) dan Kota Belud (46).

Sementara daerah-daerah lain yang mencatatkan kes aktif adalah Ranau (29), Kinabatangan (14), Sipitang (13), Keningau (12), Tambunan (12), Beaufort (11), Pitas (11),Kuala Penyu (7), Kudat (6), Tenom (5), Beluran (4), Telupid (4) dan Kota Marudu (1).

Setakat ini, hanya daerah Nabawan dan Tongod sahaja berada dalam zon hijau kerana tiada sebarang kes aktif dilaporkan.

Di seluruh Sabah sebanyak 488 kes baharu dilaporkan hari ini, dengan dua kematian masing-masing di Tawau dan Sandakan. Dengan itu, keseluruhan kes kematian di Sabah sehingga kini adalah sebanyak 35 kes.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *