Kerajaan Bina Pusat Kuarantin PATI Di Sabah

Kerajaan mewujudkan pusat kuarantin transit pendatang asing tanpa izin di Sabah.

KUALA LUMPUR: Kerajaan mewujudkan pusat kuarantin transit pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah, dalam usaha mengelakkan penularan COVID-19 depot tahanan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Dewan Masyarakat Manggatal, Dewan Masyarakat Pekan Kinarut di Kota Kinabalu, Dewan Sibuga, Batu 5 dan Dewan Sri Gum-Gum, Batu 16 di Sandakan.

Beliau berkata, PATI yang ditangkap di Sabah akan ditempatkan secara sementara di empat pusat kuarantin transit itu, dan hanya akan dihantar ke depot tahanan selepas disahkan bebas COVID-19.

“Prosedur operasi standard (SOP) tahanan di penjara yang diumumkan sebelum ini, juga terpakai kepada pusat kuarantin transit PATI ini, iaitu setiap tahanan PATI wajib menjalani ujian calitan di pusat ini.

“PATI yang positif akan dihantar ke hospital, manakala yang negatif akan dikuarantin selama 14 hari di pusat itu untuk melalui ujian saringan selanjutnya.

“Jika disahkan negatif selepas itu, barulah PATI ini akan dihantar ke pusat tahanan. Ini bagi memastikan tiada penularan dalam penjara seperti yang berlaku sebelum ini, yang berpunca daripada PATI yang positif COVID-19,” katanya pada sidang media secara maya yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Pertahanan, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3000