Covid-19: 11 Petugas Kesihatan Di Sabah Dikesan Positif

KOTA KINABALU: Sebanyak 11 kes positif baharu yang dikesan semalam membabitkan petugas kesihatan di enam daerah di Sabah.

Daerah yang melaporkan jangkitan ke atas petugas kesihatan adalah Tawau (4), Semporna (3) dan masing-masing satu kes di Lahad Datu, Kota Kinabalu, Papar dan Beluran.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, 11 kes membabitkan petugas kesihatan itu antara 219 kes positif baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah semalam.

Daripadda jumlah itu, daerah Semporna dan Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi.

Sebanyak 61 dilaporkan di Semporna dan 42 di Kota Kinabalu. Diikuti dengan Sandakan (33), Tawau (28), Papar (18), Ranau (7), Putatan (5), Tambunan (4) dan Penampang (3).

Manakala, masing-masing dua kes di Tuaran, Kota Belud, Kudat, Pitas dan Beluran. Sementara satu kes baharu dilaporkan di Beaufort dan Kinabatangan.

Pertambahan kes di Papar dan Sandakan menjadikan kedua-dua daerah itu berada dalam zon merah sejak 5 Oktober dan ia menjadikan  keseluruhan bilangan zon merah di Sabah menjadi tujuh.

Sebelum ini, daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Kota Kinabalu dilaporkan telah berada dalam zon merah sejak peningkatan kes berlaku bermula hujung September.

Setakat ini, bilangan kumulatif kes di Sabah kini adalah sebanyak 2,737 kes dengan 1,430 kes aktif dan sebanyak 1,290 kes pulih.

Sebanyak tiga kes kematian terbaru dilaporkan semalam termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun di Semporna. Dengan itu, kes kematian di Sabah bertambah menjadi 17 kes. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *