Guru Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Di Semporna

KOTA KINABALU: Semua sekolah di Sabah berkemungkinan akan ditutup selama dua minggu selepas seorang guru meninggal dunia akibat COVID-19, memetik sumber, laporan Portal The Star.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Dr. Mistrine Radin mengatakan bahawa maklumat mengenai guru berkenaan tidak boleh didedahkan. Melalui pemeriksaan di Hospital Semporna mendapati guru tersebut meninggal dunia di situ.

Seorang pegawai hospital berkata, pengarah hospital sedang berbincang dengan kementerian untuk mengeluarkan satu kenyataan.

Dr. Mistrine bagaimanapun mengesahkan seorang guru lelaki maut akibat COVID-19, namun enggan mengulas lebih lanjut.

Tambah beliau lagi, ketika ini semua 50 sekolah di daerah tersebut telah ditutup sehingga 12 Oktober 2020.

Daerah Semporna merupakan salah satu daerah Zon Merah akibat COVID-19 selain Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Setakat ini, 388 kes COVID-19 dicatatkan di daerah itu. .Sumber: Portal The Star / SabahInfo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *