Polis Penampang Kuatkuasakan SJR Tengah Malam Ini

PENAMPANG: Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim memaklumkan sekatan jalan raya (SJR) akan dikuatkuasakan bermula tengah malam ini selaras dengan pengumuman yang dibuat Kerajaan Persekutuan semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, masyarakat di daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Putatan dan Penampang masih boleh merentasi sempadan kerana dikategorikan sebagai satu zon pusat bandar yang sama.

Mohd Haris Ibra Haris im.

“Mengikut arahan semasa daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Penampang ini dizonkan kepada salah satu kawasan yang dizonkan sebagai pusat bandar iaitu Kota Kinabalu, Tuaran, Putatan dan Penampang.

“Jadi maksudnya apabila empat kawasan ini dijadikan satu zon umpama satu kawasan sempadan. Jadi pergerakan antara lokasi ini tidak ada apa-apa sekatan.

“Apa-apa pun dari masa ke semasa, kita akan maklumkan menerusi Facebook bagi memberi maklumat terkini kepada rakyat Penampang,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini SJR hanya diadakan di Putatan bagi mengawal pergerakan masuk masyarakat Papar ke zon pusat bandar.

“Berdasarkan situasi ini, kita hanya bersempadan dengan Papar, kita hanya menangkis atau menyekat orang-orang dari Papar untuk masuk ke Putatan ataupun ke Penampang maksudnya daripada segi persediaan,kita hanya lakukan SJR di kawasan Putatan sahaja.

“Sementara itu, bagi mereka yang tinggal di daerah lain tetapi kerja di sini, mereka perlu mendapatkan surat pengesahan daripada majikan masing-masing,”katanya.

Tambahnya, bagi mereka yang mempunyai urusan jenazah mahupun urusan perubatan masyarakat perlulah mendapatkan surat daripada Polis Diraja Malaysia (SPRM) terlebih dahulu.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *