Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong Meninggal Dunia

KOTA KINABALU: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, meninggal dunia hari ini pada 11.50 pagi tadi, di usia 60 tahun.

Pemergian ahli Parlimen Batu Sapi itu disyaki kerana jangkitan paru-paru. Beliau meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Gleneagles.

Sebelum ini dilaporkan Liew dimasukkan ke hospital untuk rawatan cakera spina sebelum hari penamaan pilihan raya Sabah pada 12 Sept.

Liew pertama kali menjadi ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Sandakan pada pilihan raya 2008, ketika beliau bersama LDP.

Beliau memimpin parti komponen Barisan Nasional itu dari 2006 hingga 2014.

Liew menyertai Warisan pada 2018, dan menawan Batu Sapi dalam pertandingan 4 penjuru.

Beliau dilantik sebagai menteri di JPM bagi hal undang-undang oleh Perdana Menteri ke-7, Dr Mahathir Mohamad.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3021