Bung Moktar Mulakan Tugas Rasmi Di Kementerian Kerja Raya Sabah

Bung Moktar memulakan tugas rasmi di kementerian pagi ini. -Bernama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini memulakan tugas rasmi di kementerian pagi ini.

Beliau tiba di pejabat Kementerian Kerja Raya di sini sebelum mengetip kad perakam waktu pada pukul 9.57 pagi bagi memulakan tugas di kementerian itu.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bersama warga kementerian itu.

Bung Moktar kemudian diberi taklimat oleh pegawai kementerian berkenaan. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

715