Hajiji Sah KM Sabah, Bung Moktar Timbalan Ketua Menteri 1

KOTA KINABALU: Datuk Hajiji Noor sah bergelar Ketua Menteri Sabah ke-16 selepas mengangkat sumpah pada jam 10.32 pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffry Kitingan, menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri II, manakala Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam pula Timbalan Ketua Menteri III.

Selain itu, Bung Moktar turut memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Jeffry pula dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan, sementara Joachim menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Seterusnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Masidi Manjun, dinamakan sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur.

ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kedua-dua Masidi dan Jahid berstatus Menteri Kanan Kabinet Sabah.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2905