Covid-19: Kluster Baharu Di Semporna

Sabah mencatatkan 1 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Semporna.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster Selamat membabitkan kes indeks wanita warga Malaysia berusia 32 tahun yang didapati positif pada 14 September lalu.

“Kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,969) merupakan seorang wanita warga Malaysia berusia 32 tahun. Beliau didapati positif Covid-19 pada 14 September 2020 ketika saringan kemasukan ke Hospital Tawau bagi kelahiran pra matang.

“Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif, 1 lagi kes positif Covid-19 dikesan. Kes merupakan pegawai perubatan yang merawat kes indeks,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sehingga 17 September 118 individu disaring dalam kluster itu.

“Dua kes dikesan positif dan 116 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau berkata, langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan dijalankan di lokasi dikenalpasti.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan dan aktiviti mengawal penularan jangkitan bagi kluster ini giat dijalankan di lapangan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2007